Berita Hari Ini

Pesawad kaji kemerdekaan Melaka

MELAKA – Persatuan Sejarah Dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad) mendakwa Melaka sepatutnya merdeka lebih awal iaitu sebaik Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945.

Namun, pada 16 September tahun yang sama, Inggeris kembali berkuasa di Melaka dengan cara paksaan apabila membawa masuk negeri ini menyertai Malayan Union tiga tahun kemudian tanpa ditandatangani oleh orang Melayu Melaka ketika itu.

Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, perkara itu kini menjadi topik analisis utama persatuan itu dengan sokongan dan penemuan beberapa dokumen yang baru sebagai bukti kukuh.

“Sebab itu kita hendak jelaskan sebenarnya Melaka telah bebas bila Jepun kalah pada Ogos 1945 dan kemerdekaan Melaka telah dirampas oleh pihak British secara paksaan berdasarkan beberapa dokumen yang kini sedang di analisis.

“Dokumen terbabit juga terkandung surat daripada pihak Inggeris yang menyuruh orang -orang Melayu ketika itu bertenang agar memberikan sokongan serta kerjasama kepada Inggeris,” katanya.

Beliau berkata, sebaik kekalahan tentera Jepun, satu upacara penyerahan kalah diadakan pada 2 September 1945 di atas kapal tempur Amerika Syarikat Missouri.

“Dalam tempoh masa itu, Melaka sama seperti kawasann lain termasuk Indonesia telah merdeka dan Inggeris dalam laporannya pada 16 September 1945 menyatakan mereka sampai ke Bandar Melaka pada waktu petang dan mengambil alih bangunan Merah dan menduduki bangunan tersebut sebagai pusat pentadbiran sementara.

“Inggeris telah hantar dua rejimen tentera ke Jasin dan Alor Gajah untuk menundukkan dua kawasan. Ini membuktikan ada penolakan daripada masyarakat orang Melayu di Jasin dan Alor Gajah. Berbeza di Melaka Tengah, Inggeris langsung tidak dapat tentangan disebabkan populasi kaum yang ramai Cina dan India,” katanya.

Khalid berkata, Pesawad ingin menegaskan sebenarnya Melaka telah awal lagi merdeka sebaik Jepun kalah tetapi telah dirampas oleh pihak British secara paksaan seperti mana terkandung di beberapa dokumen yang baru ditemui.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");