Jenayah

Polis nafi viral banduan lari

BATU GAJAH: Polis menafikan berlakunya kejadian banduan lari dari sebuah hospital di sini ketika mendapatkan rawatan seperti yang diviralkan di aplikasi WhatsApp dan media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, viral gambar lelaki yang didakwa melarikan diri itu sebenarnya sudah diberi jaminan polis atas perintah majistret pada 25 Julai lalu.

Menurutnya, bagaimanapun, ketika dibebaskan, lelaki terbabit dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kerana mengalami masalah pernafasan kronik.

“Pada pagi ini (semalam), kira-kira jam 5.30 pagi, lelaki terbabit bertindak keluar tanpa memaklumkan kepada pihak hospital dan pengawal.

“Kejadian itu menyebabkan berlakunya salah faham dan mengatakan lelaki terbabit adalah banduan yang melarikan diri dari hospital sedangkan dia sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan bebas sebagai orang awam biasa.

“Kita sudah melihat perkara itu dan mendapati kes tersebut tidak benar sepertimana yang tersebar di media sosial hari ini (semalam),” katanya.

Justeru, beliau meminta supaya orang ramai tidak panik dan jangan mempercayai berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");