Isu Panas

PRN: DAP masih tunggu persetujuan rakan sekutu

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP masih menunggu persetujuan daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum memutuskan untuk melaksanakan pilihan raya mengejut di negeri ini.

Ketua Menteric berkata namun pihaknya yakin rakan-rakannya dalam pakatan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara sudah jelas tentang mengapa perlu diadakan pilihan raya negeri (PRN) pada masa ini.

“Kami akan adakan mesyuarat pada Ahad, sila tunggu pengumumannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Peringatan Dr Wu Lien-Teh di sini hari ini.

Rabu lepas, Guan Eng berkata tidak akan mengambil keputusan secara unilateral berhubung PRN, malah akan meneruskan perbincangan dengan sekutunya dan akan memberikan masa secukupnya untuk mereka membuat pertimbangan, tapi tidaklah selamanya.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dihadapi Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Guan Eng dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan tidak lewat daripada Ogos 2018.

Dun Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan Pas 1.

Sementara itu, Lim berkata majlis penerangan mengenai isu ekonomi dan politik semasa bertajuk “Masa Depan Pulau Pinang” akan diadakan pada Isnin ini pukul 8.30 malam di Dewan Masyarakat Penyayang di sini.

“Panel pada malam itu adalah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan beberapa penceramah undangan,” katanya.

Di TASEK GELUGOR, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata parti akan mengadakan mesyuarat esok di Sungai Besar, Selangor untuk membincangkan cadangan diadakan PRN mengejut itu.

“Dari segi rasmi, kami parti Amanah belum bincang berhubung perkara itu. Kena tunggu esok baru tahu keputusan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Amanah Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua, di sini hari ini.

Pengerusi Amanah Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata pihaknya menunggu perincian daripada DAP mengenai mengapa perlu diadakan PRN kerana isu itu bukan hanya melibatkan negeri sebaliknya di peringkat nasional. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");