Sukan Hari Ini

Rantai pergerakan Bale, Ramsey

KELINCAHAN dan ketajaman penyudah dua bintang Wales, Gareth Bale dan Aaron Ramsey mampu menjadi duri dalam daging kepada Belgium andainya pertahanan mereka leka walaupun seketika.

Oleh itu, bagi penyerang Belgium Romelu Lukaku, kedua-dua pemain itu perlu dirantai sepenuhnya sepanjang perlawanan pada aksi suku akhir Euro 2016 di Stadium Pierre, Mauroi, awal pagi esok.

“Jurulatih dan keseluruhan pasukan kini sedang merencana strategi untuk mengawal Bale dan Ramsey kerana mereka merupakan dua pemain terkuat yang mampu menjadi pemusnah.

“Jadi kami harus berwaspada dengan dua bintang ini selain perlu bijak mengatur strategi menyekat kemaraan mereka ke dalam kubu kami nanti,” katanya.

Berbicara tentang pertembungan di antara Bale- Eden Hazard, Lukaku menilai bahawa Bale lebih unggul berbanding rakan sepasukannya Hazard.

“Ya, bagi saya Bale sedikit lebih unggul jika hendak dibandingkan dengan Hazard kerana dia sudah bermain lama di peringkat ini.

“Jika melihat prestasi Bale bersama Real Madrid, dia dilihat sangat konsisten sedangkan Hazard di peringkat kelab prestasinya sedikit turun naik,” ujarnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");