Perak Hari Ini

Resipi Ibu Di Captain Crab Rahsia Pikat Pelanggan

IPOH: Jika kebiasaannya resipi makanan berasaskan laut atau dikenali sebagai ‘shell out’ hanya menampilkan satu sos, tetapi di Restoran Captain Crab menawarkan sedikit kelainan dengan menawarkan tiga sos yang berbeza perisa serta tahap kepedasannya.

Terletak di No.37 Jalan Desa Ampang 11 Desa Seri Ampang, Ipoh, Captain Crab yang baharu sahaja dibuka pada 24 Julai lalu tidak memerlukan pelanggan menunggu lama selain daripada menerima layanan yang cukup mesra dan ramah.

PERAKTODAY (10)

Pemilik Restoran Captain Crab, Siti Fatimah Mohamed berkata, cetusan idea kepada penubuhan restoran ini adalah kerana minatnya terhadap hidangan makanan lauk berkonsepkan ‘shell out’.

PERAKTODAY6“Saya sememangnya peminat ‘shell out’ dan sangat berminat dengan perniagaan restoran jadi tidak salah kami memberi peluang kepada orang ramai merasainya hasil air tangan kami sendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, restoran ini adalah unik dan berbeza daripada restoran yang berkonsepkan ‘shell out’ kerana kesegaran makanan laut dan ketam nipah.

 

“Kami berbeza kerana kami menawarkan hidangan ketam nipah buat pelanggan yang ingin menikmatinya,” katanya.

Sementara bagi seorang lagi pemilik bersama Captain Crab, Ernira Fazwin Shaharuddin tiga pilihan sos yang disediakan oleh restoran ini adalah untuk memenuhi selera dan citarasa pelbagai bangsa dan peringkat umur.PERAKTODAY7 (1)

“Sos kami menggunakan resepi rahsia ibu saya iaitu the red pearl (hot spicy), curry dynamite (mild hot& creamy) dan black pepper bomb (sweet & spicy).

“Jadi semua peringkat umur sehingga kanak-kanak pastinya boleh menikmati hidangan kami kerana rasa sos yang mengikut citarasa dan selera pelanggan,” katanya lanjut.

Captain Crab menawarkan sajian hidangan cukup berbaloi iaitu bagi (single shooters RM25 *1-2 pax), (Double barrel RM50 *2-4 pax) dan (crazie crab RM75 *ketam nipah saiz medium).

Turut disediakan pelbagai menu tambahan berasaskan ketam buat para pelanggan dengan harga yang cukup berpatutan.

Sekiranya anda ingin mencuba kelainan pada versi shellout yang disediakan oleh restoran Captain Crab jangan lepaskan peluang mengunjunginya yang dibuka setiap hari  Isnin hingga Jumaat (4 petang hingga 11 malam) manakala pada Sabtu dan Ahad dibuka (11 pagi hingga 11 malam).

PERAKTODAY1 (8)

Bagi pelanggan yang berminat mengetahui maklumat lanjut mengenai Restoran Captain Crab boleh melayari sendiri laman facebook dan instagram Captain Crab restoran.

PERAKTODAY3 (3)

PERAKTODAY2 (7)

 

Nama restoran: Restoran Shell out style, Seafood Captain Crab

Alamat: No.37 Jalan Desa Ampang 11, Desa Seri Ampang Ipoh

Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (4 petang hingga 11 malam) manakala pada Sabtu dan Ahad dibuka (11 pagi hingga 11 malam).

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");