Sukan Hari Ini

Sama kebal

Alor Setar: Helang Merah gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri apabila sekadar seri 0-0 dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Darulaman, malam tadi.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Kedah di dalam Kumpulan A dan Helang Merah masih menduduki tangga teratas dengan tujuh mata sambil diekori T-Team yang mengumpul lima mata hasil kemenangan ke atas Sarawak di Kuching.

Di Stadium Darulaman, Kedah memulakan usaha mencari gol awal sejak wisel permulaan dibunyikan dan rembatan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 hampir memberikan pendahuluan namun sedikit tersasar.

Dua minit kemudian, giliran Syazwan Zainon menguji benteng pertahanan pelawat namun cubaannya dari luar kotak penalti melewati palang gol.

Peluang terbaik untuk Kedah hadir pada minit ke-33 selepas berlaku keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti pelawat namun tolakan Liridon Krasniqi berjaya didakap penjaga gol JDT II.

Percaturan Kedah dengan memasukkan penyerang Import Thiago Augusto menggantikan Syafiq Ahmad pada separuh masa kedua mengubah corak permainan apabila beberapa percubaan berbahaya di hadapan pintu gol pelawat berjaya dihasilkan namun gawang JDT II tetap kebal.

Harapan Kedah untuk mendahului pada minit ke-56 gagal apabila jaringan Smeltz Shane Edward dibatalkan kerana ofsaid.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");