Sukan Hari Ini

‘Sila cari kelab baharu’

PENGURUS baharu Manchester United, Jose Mourinho membenarkan sembilan pemainnya untuk meninggalkan kelab itu.

Ia selepas kesemua sembilan pemain itu tidak berada dalam senarai pemain yang dikehendaki Mourinho musim hadapan.

Bastian Schweinsteiger adalah antara pemain bintang yang mahu digugurkan Mourinho dan bekas pengendali Chelsea itu memberi kebenaran kepada Schweinsteiger untuk meninggalkan kelab secara tetap atau pinjaman.

“Timothy Fosu Mensah yang menyinar ketika di bawah pengurus lama Louis van Gaal juga diberikan kata dua untuk meninggalkan kelab.

“Selain itu, Andreas Pereira dan James Wilson sedia untuk dipinjamkan ke kelab lain manakala Adnan Januzaj, Will Keane, Tyler Blackett dan Paddy McNair akan dijual,” katanya dipetik sebuah portal berita antarabangsa.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");