Sukan Hari Ini

Stoke ikat Allen lima tahun

London: Stoke City mengikat pemain tengah kebangsaan Wales Joe Allen (gambar) dari Liverpool dengan kontrak lima tahun, umum dua kelab Liga Perdana itu kelmarin.

Stoke membayar £13 juta (RM69 juta) sekali gus menjadikan Allen pembelian kedua ketika pramusim selepas beberapa jam sebelum itu membeli pemain remaja Mesir Ramadan Sobhi.

Allen dinamakan dalam pasukan terbaik kejohanan UEFA selepas Wales layak ke separuh akhir Euro 2016, namun pemain berusia 26 tahun itu bergelut untuk beraksi secara kerap di bawah kendalian Juergen Klopp di Anfield musim lalu.

“Ia 48 jam yang penuh mendebarkan buat saya tapi akhirnya saya gembira mampu menandatangani kontrak,” kata Allen.

“Saya amat teruja sebaik mendengar khabar minat kelab terhadap saya dan ia bukannya satu keputusan sukar buat saya.

“Saya amat teruja mengenai masa depan saya di sini di Stoke City.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");