Sukan Hari Ini

Sukaj masih longlai

Ipoh: Penyerang Albania Xhevahir Sukaj ditegur berikutan ketumpulannya pada perlawanan menentang Terengganu dalam kancah Liga Super di Stadium Perak, malam kelmarin.

Jurulatih Bos Gaurus, Karl-Heinz Weigang kecewa kerana Sukaj mensia-siakan peluang terbuka menjaringkan dua gol.

“Kami sepatutnya boleh menang dengan jurang lebih besar jika Sukaj menyempurnakan peluang dengan baik.

“Sebaliknya kegagalannya menyebabkan pasukan tertekan apabila Terengganu bangkit pada babak kedua.

“Mujur kami berjaya bertahan serta berjaya menambah jaringan untuk meredakan ketegangan,” ujarnya.

Pada perlawanan malam kelmarin, anak buah Weigang meneruskan rentak kemenangan dengan kejayaan 2-0 ke atas lawan.

Jaringan Kenny Pallraj pada m-26 dan Elias Fernandes (m-78) membolehkan Perak meraih mata penuh sekali gus melonjak ke tangga kelapan selepas mengutip 14 mata.

“Mereka tidak beraksi mengikut perancangan dan arahan.

“Kami menguasai babak pertama dan sepatunya melenyapkan cabaran lawan jika memanfaatkan peluang,”jelasnya.

Namun kekecewaan besar jurulatih Jerman itu ialah berikutan kehadiran rendah penonton Bos Gaurus pada perlawanan itu apabila hanya kira-kira 3,000 penyokong setia pasukan Kejor Yob Kejor hadir.

“Mana pergi penyokong Perak. Saya perhatikan sudah dua perlawanan penonton kurang. Sebagai orang Perak mereka sepatutnya datang menyokong pasukan. Mereka hanya pandai mengkritik bila kalah,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");