Sukan Hari Ini

Syafiq, Jasmine ceria kem Perak

Kuching: Penerjun negara Syafiq Puteh akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan Pusat Akuatik Negeri Sarawak, Petra Jaya apabila berjaya meraih emas dalam acara 1 meter papan anjal lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak.

Selepas aksi kurang meyakinkan kelmarin dalam acara 3m papan anjal individu apabila menduduki tempat keempat dari 10 peserta, Syafiq bangkit semalam apabila mengumpul mata keseluruhan 323.00.

Lebih menarik atlet dari Ipoh itu berjaya mengetepikan dua peserta tuan rumah Slyvester Peter Jawa dan Carlyse Chan yang meraih perak (308.00) dan gangsa (305.40).

Menurutnya, kejayaan meraih emas memberikan sedikit kelegaan buatnya, kerana ia SUKMA terakhir buatnya.

“Kami (skuad terjun Perak) tiba lewat dan saya hanya sempat berlatih di sini sehari saja sebelum pertandingan bermula. Pada mulanya saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan pusat akuatik di sini,” katanya.

Jelasnya, antara punca mengapa dia tidak dapat beraksi cemerlang kelmarin adalah keadaan angin kuat, seterusnya terlepas peluang untuk setidak-tidaknya mengulangi pencapaian di SUKMA Perlis apabila membawa pulang pingat perak.

“Hari ini (semalam) saya amat gembira kerana mampu memberi persembahan cemerlang walaupun keadaan angin masih sama seperti semalam (kelmarin). Saya masih mempunyai acara esok (hari ini) dalam acara platform individu dan berharap mampu menambah satu lagi pingat,” katanya.

Sebelum itu, seorang lagi atlet Perak, Jasmine Lai berjaya menjadi penyumbang sulung emas kontinjen itu pada temasya kali ini apabila mempertahankan pingat yang dimenangi dua tahun lalu dalam acara 1m papan anjal individu wanita.

Bagaimanapun, Sarawak masih ‘bernafas’ di Pusat Akuatik Negeri apabila meraih emas dalam acara platform seirama lelaki melalui Carlyse dan Slyvester dengan mengumpul 332.10 mata.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");