Berita Hari Ini

Tabung Haji berjaya penuhi objektif penubuhan

PETALING JAYA – Dalam tempoh hampir lima dekad sejak penubuhannya, Lembaga Tabung Haji (TH) telah berjaya memenuhi semua objektifnya terutama dalam membantu masyarakat Melayu Islam dalam soal kebajikan dan sosio ekonomi mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan itu telah meletakkan TH sebagai sebuah institusi yang boleh dibanggakan dan cuba ditiru oleh negara-negara lain, namun gagal.

“Dalam tempoh lima dekad Tabung Haji telah bergerak membantu kebajikan sosio ekonomi masyarakat Melayu Islam pada waktu itu,” katanya semasa melancarkan Yayasan TH, Kelana Jaya di sini hari ini.

Kata Najib, soal kebajikan jemaah haji dan kepentingan pendeposit-pendeposit adalah soal utama penubuhan TH dan ia amat dititikberatkan.

Najib berkata, jika dilihat pencapaian TH dari sudut pengurusan jemaah haji, lembaga itu telah berjaya mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 tanpa kenaikan sejak 2009.

Katanya, pada tahun ini pula, TH berupaya memberi subsidi bayaran haji sebanyak RM160 juta untuk jemaah haji dengan setiap mereka menerima subsidi hampir RM8,000.

“Jadi kalau bayaran RM9,980, mereka dapat subsidi hampir RM8,000 yang mana hampir sama dengan jumlah bayaran haji. Mana ada bayaran seperti ini dalam dunia,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");