Membawang Hari Ini

Tak sorok cerita cinta

Apabila dilihat sering bertukar teman lelaki yang diketahui umum secara terbuka atau gosip, senario itu pasti memberi impak kurang baik kepada empunya diri.

Namun Anis Al Idrus, 28, menganggap peminat kini bijak menilai dirinya dan apa yang berlaku kepada hubungan cintanya sebelum ini yang sudah tiada persefahaman sekali gus menepis dakwaan dia ‘playgirl’.

Kini, pelakon jelita itu menjalin hubungan cinta dengan hero drama Sayangku Kapten Mukhriz iaitu Raja Afiq R Razali, 22. Mereka berkenalan ketika sama-sama terbabit dalam Kempen Syukur Selalu 2016.

Anis mendapati Afiq menepati ciri-ciri lelaki idamannya iaitu berbudi bahasa, matang dan memahami tanggungjawabnya sebagai anak tunggal dalam keluarga.

“Sebagai anak tunggal saya perlu berikan lebih perhatian kepada ibu bapa kerana mereka tiada anak lain. Apatah lagi, mereka menetap di Indonesia kerana bapa menguruskan ladang sawit di sana.

“Apabila mereka pulang bercuti atau saya ke sana, saya fokuskan sepenuh perhatian terhadap mereka.

“Meskipun Afiq lebih muda daripada saya, dia amat memahami. Saya perlukan lelaki yang matang dalam segala hal. Dia anak lelaki tunggal daripada empat beradik dan dia yang bongsu tetapi perjalanan hidupnya membuatkan dia cepat matang daripada usia sebenar,” katanya.

Dalam perhubungan kali ini juga pemilik nama sebenar, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus ini dilihat lebih terbuka, tidak teragak-agak dan tidak mengambil masa lama untuk mengumumkan percintaan mereka.

“Kami sepakat berkongsi mengenai hubungan ini dengan media dan peminat. Barangkali ada beranggapan terlalu awal untuk dihebahkan kerana belum tahu sejauh mana hubungan ini akan bertahan.

“Saya dan Afiq hanya mampu merancang, apa yang akan berlaku pada masa depan kami serahkan kepada Allah SWT,” katanya.

Ujar Anis lagi, jika mereka memilih merahsiakan perkara itu, lambat-laun masyarakat akan tahu juga kerana tidak mustahil peminat nampak mereka keluar berdua.

Perkembangan lain, Anis tampil dengan drama D’Kayangan bersama Adi Putra di TV2. Dalam waktu terdekat, dia akan menjayakan penggambaran telefilem Fantasia Bulan Madu, tribute kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Penggambaran telefilem itu akan dilakukan di Kuala Lumpur, Alor Star dan Pulau Pinang.

Selain itu, Anis kini rancak melaungkan kempen hidup lebih sihat, cergas dan ceria menerusi myBuddies Run (Sehati Sejiwa). Larian anjuran Mynic Berhad sempena Hari Kebangsaan 2016 itu akan berlangsung di Cyberjaya pada 21 Ogos ini.

Acara larian itu menggabungkan aktiviti kecergasan dengan elemen kemeriahan dan menjadi satu program gaya hidup sihat yang mampu memberi nafas baru kepada acara seumpamanya.

“Saya tahu mengenai program ini kerana turut mengambil bahagian tahun lalu. Selain untuk ‘memanaskan’ badan ia sangat meriah kerana ada ribuan penyertaan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut program ini menerusi www.mybuddies.my,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");