Jenayah

Tekong Vietnam cuba sogok APMM

Kuala Nerus: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 9 (DM9) menahan empat bot nelayan warga Vietnam kerana disyaki menangkap ikan secara tunda gading di Perairan Terengganu dengan nilai rampasan RM1.7 juta, Jumaat lalu.

Dua tekong masing-masing berusia 28 dan 46 tahun juga ditahan kerana cuba merasuah pegawai penguatkuasa maritim dengan menawarkan RM1,000.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, semua bot itu ditahan di empat lokasi berasingan antara 6.05 pagi hingga jam 9 pagi.

“Dua tekong masing-masing cuba menawarkan RM1,000 ketika bot masing-masing dinaiki anggota penguatkuasa supaya mereka dilepaskan.

“Semua bot dan 43 awak-awak termasuk tekong berusia antara 17 hingga 56 tahun direman sehingga 5 Ogos depan untuk siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Jumlah rampasan semua bot dan peralatan dianggar bernilai RM1.7 juta manakala hasil tangkapan, RM18,700,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");