Sukan Hari Ini

Tengku Abdul Rahman kekal jawatan

TENGKU Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung ke-60 persatuan itu di Hotel Shahzan Inn, kelmarin, lapor ROSILAWATI ROSEDI.

Timbalannya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail turut mengekalkan jawatan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan jawatankuasa PBNP bagi sesi 2016-2019.

Pada Mesyuarat Agung berkenaan, Datuk Seri Zamri Ramly dipilih Naib Presiden Satu menggantikan Datuk Tajuddin Abdullah manakala Naib Presiden Dua masih kekal digalas oleh Datuk Jalaluddin Mohamad Deli.

Sementara itu, Datuk Seri Mohammad Zaini Salleh, Datuk Taufik Tan Sri Razak, Ahmad Sallizam Ghani dan Samin Salimullah antara empat muka baru dalam senarai 10 ahli majlis.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");