Isu Panas

Tiada keperluan Kelantan buat PRN

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menegaskan tiada keperluan untuk Kelantan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

“Tiada bukti rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan Pas di negeri ini sehingga kami terdesak untuk mengadakan PRN, lebih baik ikut bersama dengan negeri-negeri lain jika mahu buat pilihan raya.

“Mandat ini masih ada, kita sentiasa berusaha mengutamakan kesejahteraan rakyat, mungkin itu (PRN) dari segi politik sahaja. Pas masih melakukan kerja berterusan di negeri,” katanya kepada media selepas memberikan ceramah di Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu di sini, semalam.

Ahmad berkata demikian mengulas berhubung, kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang menyarankan Dun Kelantan turut di bubar bagi memberi laluan PRN awal berikutan berlaku krisis krisis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pas di negeri ini.

Tambahnya, saranan Umno sama sekali tidak berasas kerana barisan Exco yang dilantik masih bekerja keras untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab.

“Exco-Exco bekerja keras untuk menyempurnakan tugas masing-masing sebagaimana yang dijanjikan dahulu, masih terlalu awal untuk untuk PRN, malah kita perlu buat persiapan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas turut menyelar tindakan MCA yang membantah tindakan kerajaan yang membenar dan mempercepatkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen 26 Mei lalu.

Malah, katanya, tindakan MCA untuk terus membantah usaha membenarkan RUU itu dibentangkan sekali lagi bagi bacaan kedua dalam sidang Dewan Rakyat Oktober depan juga dianggap tidak berasas.

“MCA masih tidak faham, mereka sepatutnya beri laluan sebab kita nak meningkatkan atau naik taraf bidang kuasa mahkamah syariah sahaja.

“Ia hanya untuk orang Islam tiada yang berbangkit, saja-saja tidak faham, Umno, BN dan ahli parlimen Islam kena beri kefahaman kepada orang bukan Islam tentang RUU ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tiada keperluan membesarkan isu mesyuarat (Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah (JHET) Kelantan di Krabi, Thailand.

“Mesyuarat di Krabi itu biasa dan ia program Timbalan Menteri Besar sebagai Exco perbincangan perlu dibuat dan ada benda-benda perlu keluar dari tempat (negeri) ini, perkara ini tiada masalah,” katanya.

Sebelum ini, ada dakwaan yang mempersoalkan rombongan terdiri daripada kesemua wakil rakyat Pas, para penyelia Dun bersama JHET seluruh negeri bersama dua orang Exco ke Krabi Thailand.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");