Sukan Hari Ini

Tidak gentar pelumba ‘otai’

Kulim: Kehadiran pasukan lebih berpengalaman tidak melemahkan semangat pasukan Mountain Biking Bukit Mertajam (MBBM) untuk memberi laluan mudah, malah bertekad akan berada dalam 50 kelompok teratas pada saingan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park, Kulim, 30 Julai ini.

Pengurus MBBM Jimmy Lau berkata, apa yang penting penyertaan pasukannya pada MTB ini akan tetap memberi saingan kepada pasukan lain.

Katanya, apa yang penting keseronokan dan kepuasan peribadi pengayuh menyertai MTB itu.

“Pasukan kami pasukan biasa saja dan kami menetapkan sasaran berada dalam kelompok 50 teratas dan akan tetap memberi saingan serta menghabiskan kayuhan.

“MBBM yang ditubuhkan pada 2010 mempunyai ahli dari pelbagai lapisan umur berusia 26 sehingga 42 tahun dan penyertaan kali ini adalah yang terbaik bagi kami menguji keupayaan pasukan.

“Peluang beraksi pada MTB ini akan menjadi pengalaman yang amat bermakna kepada pasukan dan sebagai persediaan awal setiap hujung minggu kami mengadakan kayuhan di sekitar kawasan Bukit Mertajam, Bukit Tok Kun dan Sungai Lembu untuk memantapkan pasukan,” katanya.

Jimmy memuji Harian Metro kerana menganjurkan kejohanan yang dianggap antara yang terbaik di negara ini dan memberi peluang kepada pasukan baharu dan pasukan tempatan menyertainya.

Katanya, setakat ini, pasukannya meletakkan sandaran kepada pelumba harapan iaitu Daniel Ooi, 32, untuk berada dalam kalangan kelompok teratas.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");