Jenayah

Tiga beranak nyaris rentung

Sibu: Tiga beranak yang juga orang kurang upaya (OKU) terselamat daripada menjadi mangsa kebakaran selepas diselamatkan jiran yang menyedari mereka terperangkap dalam rumah yang marak terbakar di Jalan Huo Ping di sini, jam 11.30 malam kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Liong Nguk Sin, 61, bersama isteri, Yap Siu Poh, 62, dan anak lelaki mereka, Liong Chau Hing, 24, yang pekak serta bisu tidak menyedari kebakaran.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 30-an berkata, kebakaran membabitkan enam rumah teres dua tingkat dan ketika kejadian, semua penghuni keluar dari rumah kecuali tiga beranak itu.

“Jiran yang menyedari tiga beranak itu belum keluar segera memanjat pagar rumah mereka dan membawa tiga beranak itu keluar,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");