Isu Panas

Tindakan Pemuda Umno dipersoal

KUALA TERENGGANU: Tindakan Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap tiga pegawai dan bekas pegawai tertinggi kerajaan dipersoalkan khususnya terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang disifatkan mempunyai rekod yang baik sepanjang perkhidmatannya.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu, Hishammuddin Abd Karim yang turut menyifatkan tindakan pihak itu sebagai kurang sopan, mempertikaikan dakwaan konspirasi melibatkan kesemua terlibat berdasarkan integriti mereka diperakui rakyat di negara ini.

“Ia memberi imej negatif kepada pegawai kerajaan khususnya yang dinamakan itu punyai rekod perkhidmatan yang bagus khususnya Tan Sri Zeti dan Abu Kassim.

“Oleh kerana perkara ini dilaporkan, kita harap kewibawaan nama-nama ini dapat dipulihkan, dalam masa yang sama imej negara dapat dipelihara dengan menjaga nama baik pegawai-pegawai kerajaan,” katanya.

Beliau berkata kepada Sinar Harian ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Pas Terengganu, di Jalan Sultan Omar, di sini.

Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap Zeti dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail atas dakwaan terlibat berkonspirasi jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Malaysia.

Hishammuddin tidak menolak ketiga-tiganya mungkin diberi tekanan politik terhadap isu yang berlaku.

Jelasnya, wujud beberapa isu yang berlaku dalam negara diragui dari pelbagai sudut yang memerlukan satu penyiasatan menyeluruh.

“Kita minta pihak berwajib buat penyiasatan. Kita sangat bersetuju dengan pandangan tertinggi Pas supaya dibentuk satu siasatan suruhanjaya untuk menyiasat ke atas semua isu khususnya melibatkan nama baik negara,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");