Jenayah

Tragedi menyeberang jalan

Kuching: Lelaki berusia 64 tahun maut apabila motosikalnya dirempuh kereta di Jalan Batu Kawa di sini, berhampiran simpang ke Kampung Segedup, hari ini.

Dalam kejadian 10.15 pagi itu, Chai Fah Poh, 64 meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak Deputi Supterintendan Alexson Naga berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari Jalan Kuching-Bau cuba menyeberang jalan melalui pembahagi tengah jalan.

Menurutnya, mangsa dari arah Kuching naik atas pembahagi di tengah jalan dan terus ke laluan bertentangan.

“Namun, dia tidak bernasib baik apabila datang sebuah Proton Wira dari arah Bau terus merempuhnya. Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak beberapa meter dan parah di kepala.

“Mangsa dihantar ke HUS untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dirawat,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");