Sukan Hari Ini

TRW tak bernasib baik

KETUA Jurulatih Kelantan, Velizar Popov mempertahankan aksi anak buahnya meskipun tewas 0-1 kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurutnya, semua anak buahnya berjaya mencipta banyak peluang, namun tidak bernasib baik sekali gus gagal mencipta jaringan di Larkin.

“Saya bangga dengan pasukan saya.. kesemua anak buah saya menunjukkan usaha yang bagus. Kami bermain dengan baik mengikut taktikal.

“Kami tampil dengan sistem yang berbeza untuk separuh masa pertama kerana ketiadaan banyak pemain utama. Kami bermain tanpa duo McCain dan Muslim.

“Pada separuh masa kedua, jaringan mereka atas kealpaan kami. Kemudian kami ubah sistem dan berjaya mendapatkan beberapa lagi peluang sehingga perlawanan berakhir,” katanya.

Popov berkata, JDT merupakan sebuah pasukan yang bagus dan terbaik di negara ini.

“Saya di sini, untuk melihat prestasi pemain. Mereka bermain dengan baik selepas tempoh berehat yang panjang.

“Kami bermain dengan baik.. jadi tiada apa yang perlu dirisaukan, tiada drama dan kami menunjukkan sesuatu dalam perlawanan ini,” katanya.

Beliau berkata, The Red Warriors (TRW) akan terus berusaha keras melakukan sesi latihan untuk aksi seterusnya.

“Kami akan terus pandang ke depan.. saya perlu mengorbankan beberapa pemain untuk perlawanan tertentu berdasarkan jadual pertandingan.

“Hari ini, ia bukan kesebelasan utama terbaik kami. Apa pun, kami bermain dengan baik, meletakkan Johor dalam tekanan sehingga perlawanan tamat,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");