Perak Hari Ini

Tubuh Parti Baharu, Tidak Beri Kesan Pada BN- DS Zambry

MANJUNG: UMNO Perak menyifatkan tindakan bagi penubuhan parti baharu yang bakal diketuai oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mampu memberi kesan kepada Barisan Nasional dan UMNO sekiranya semua jentera terus memperkukuhkan asas dan kekuatan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut menyifatkan tindakan kepada penubuhan parti baharu itu bukannya satu perkara yang mengejutkan malah ia telah tersebar dengan luasnya sebelum ini.

“Sekiranya ia menjadi kenyataan sebagaimana yang dihebahkan maka ia menjadi realiti.

“Manakala dari segi kesan kepada BN dan juga kedudukan politik tanah air, hanya satu ia hanya akan menambahkan lagi sebuah parti,” katanya ketika ditemui media dalam majlis Sambutan AidilFitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Rashidi Ibrahim.

PERAKTODAY1 (12)

Jelasnya lagi, sebarang pertarungan dan pertandingan  melibatkan sebuah negara demokrasi adalah terbuka namun sekiranya parti itu berhadapan dengan kekalahan kelak, BN sama sekali tidak boleh dipersalahkan.

“Ia kerana kehendak mereka sebegitu, realiti yang ada di negara ini mengambil kira kepelbagaian parti dan kaum ia hanya akan menambah satu lagi parti dan suasana ‘masalah’ serta soalan politik yang berbangkit dalam negara kita ini.

“Malah kita tidak boleh berpendapat dengan adanya sebuah parti baharu pengaruh mantan perdana Menteri itu akan menjadi lebih hebat malah ‘perseteruan’ beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukannya satu perkara yang baharu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, perkara utama kini melibatkan perpaduan di kalangan jentera BN yang perlu diperkukuhkan berikutan asas kepada kekuatan dan kelemahan sesebuah parti bergantung kepada perpaduannya.

PERAKTODAY3 (5)

“Jika kita kukuh saya percaya ia tidak akan memberi kesan kepada parti ..jangan ada mana-mana pihak daripada dalam parti yang mula rasa tergugat dengan pelbagai perkara dan mula berasa berbelah bagi.

“Tradisi UMNO, apabila kita lagi dicabar kebiasaannya adat kita adalah memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");