Jenayah

Tuntutan palsu: Pembantu akaun didakwa

KOTA BHARU: Seorang pembantu akaun wanita di sebuah Pejabat Pendidikan Daerah di Kelantan mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini, tadi, atas tuduhan melakukan 14 tuntutan palsu berjumlah RM12,056.10.

Tertuduh, Nur Azmawati Shamsuddin, 34, didakwa melakukan kesalahan itu antara tarikh 29 September 2014 dan 2 September 2015.

Ibu tiga anak berkenaan didakwa pada 14 tuduhan berasingan memberi kepada ejen, Pembantu Akauntan di Jabatan Akauntan Malaysia Negeri Kelantan, iaitu Baucar Bayaran atas nama suaminya, Nor Aznizi Mohamad Noor melalui sistem eSPKB.

Tuntutan membabitkan bayaran persendirian bagi perjalanan, penginapan, makanan dan minuman.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2006 dan dihukum mengikut seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda lima kali ganda atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 September depan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");