Perak Hari Ini

USAS Gunapakai Model UIAM

KUALA KANGSAR: Pada peringkat permulaan, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang baharu sahaja diberikan status universiti awam penuh akan berfungsi akan menggunapakai seperti model Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kolej yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS) bakal menggunakan model tersebut setelah memperolehi geran daripada kerajaan.

PERAKTODAY2 (8)

“Pihak universiti telah membuat semakan semula terhadap perlembagaan universiti apabila menjadi universiti pastinya ada perkara berkaitan fungsi universiti yang memerlukan penilaian semula,” katanya sejurus selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidil Fitri anjuran USAS di sini hari ini.

Sementara itu pada peringkat permulaan juga pihak USAS telah melaksanakan perubahan struktur khusus daripada segi penjawatan yang terdapat dalam universiti.

“Langkah awal adalah membuat keputusan setelah USAS sebuah universiti secara sepenuhnya iaitu perubahan jawatan rektor yang digunakan digantikan dengan Naib Canselor,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, perubahan melibatkan jawatan Rektor KUISAS, Tan Sri Nordin Kardi yang kini menggalas gelaran selaku Naib Cancelor USAS.

PERAKTODAY3 (4)

Katanya, Mesyuarat Lembaga Universiti Sultan Azlan Shah juga telah membuat beberapa ketetapan dan keputusan berkaitan dengan perkembangan universiti supaya benar-benar berfungsi sebagai sebuah universiti sepenuhnya.

“Perubahan juga melibatkan jawatan Timbalan Rektor yang kini ditukar sebagai Timbalan Canselor melibatkan Timbalan Canselor Akademik & Hal Ehwal Pelajar (HEP), Profesor Dato Dr.Wan Sabri Wan Yusof dan Timbalan Naib Canselor Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Anas Md Yusof.

“Ahli lembaga mesyuarat USAS telah bersetuju melantik Tan Sri Nordin menjadi pengerusi bagi menyemak semula perlembagaan KUISAS sebelum ini yang kini bergelar universiti penuh,” katanya lagi.

Sementara itu beliau turut mengulas mengenai penyebaran khabar angin berhubung yuran pengajian USAS yang disifatkan sebagai tindakan ‘nakal’ pihak tidak bertanggungjawab.

PERAKTODAY (11)

“Jangan dengar khabar angin jika ada semangat kebersamaan untuk  mejaga universiti secara bersama pasti tidak akan ada fitnah yang timbul dan dilemparkan sesuka hati,” katanya.

Malah tegasnya khabar angin yang menyatakan bahawa yuran USAS adalah yang tertinggi di Malaysia meurpakan satu fitnah dan pembohongan.

“Sikap tidak berpuas hati menyebabkan mereka tampil menyebarkan fitnah dan ia perlu disemak terlebih dahulu sebelum menilai dan menyebarkannya,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");