Sukan Hari Ini

Yi Wei azam tingkat prestasi

PENERJUN kebangsaan Chew Yi Wei yang kecewa dengan prestasi sederhananya pada temasya Sukma walaupun meraih pingat emas,bertekad bangkit meningkatkan prestasinya.

Beliau yang meraih emas kedua menerusi acara platform lelaki semalam selepas mengumpul 349.80 mata, berjanji akan berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk terus kekal sebagai atlet kebangsaan.

“Prestasi saya memang sangat teruk hari ini, kalau di peringkat antarabangsa, tidak boleh lepasi peringkat separuh akhir pun. Ia kerana saya tidak sihat, demam dan pening.

“Namun saya boleh lihat banyak bakat baharu…. saya berharap mereka akan naik cepat-cepat kerana potensi mereka lebih tinggi daripada kita walaupun jurang nyata jauh beza. Kini penerjun di peringkat akar umbi mempunyai bakat dan jurulatih yang baik pada usia yang begitu muda berbanding masa kami.

“Saya akan berlatih dengan baik, terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan ketahanan mental serta menjaga konsistensi,” kata atlet program podium itu, yang turut meraih emas dalam acara 3 meter papan anjal pada Sabtu lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");