Sukan Hari Ini

Yiwei akui cabaran sengit

Kuching: SUKMA Sarawak diakui sangat sengit oleh penerjun negara, Chew Yiwei namun dia boleh menghela nafas lega selepas meraih emas dalam acara platform lelaki di Pusat Akuatik Sarawak, Petra Jaya semalam.

Yiwei yang sebelum ini meraih pingat sama acara 3 meter papan anjal lelaki, dikejutkan dengan persembahan cemerlang pemenang perak dari Sabah, Jellson Jabillin selepas atlet muda itu hampir menidakkan koleksi keduanya.

Namun Yiwei menggunakan segala pengalamannya apabila merekodkan 349.80 mata untuk menewaskan atlet berusia 15 tahun itu. Jellson meraih 333.50 mata.

Seorang lagi penerjun negara yang mewakili Perak, Syafiq Puteh (gambar) meraih gangsa selepas mengumpul 306.00 mata.

Menurut Yiwei, dia kurang sihat sejak beberapa hari lalu dan semalam antara prestasi kurang memberangsangkan sepanjang kariernya.

“Apapun, saya lihat banyak bakat baru di sini terutamanya Jellson. Dia menunjukkan prestasi hebat hari ini (semalam),” kata penerjun berusia 21 tahun itu.

Jelasnya, Jellson berada dalam kelompok penerjun baru yang mempunyai masa depan cerah dan mempunyai potensi beraksi dengan cemerlang, baik dalam acara platform mahupun papan anjal.

“Jarak antara mereka (penerjun muda) dan saya sendiri masih jauh tapi dengan latihan sempurna, mereka mungkin mampu menewaskan saya sekiranya prestasi saya semakin menurun dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi,” katanya.

Dua emas diraih Yiwei di Sarawak itu menutup koleksi keenamnya sejak mula menyertai temasya dwi tahunan di Melaka pada 2010.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");