Sukan Hari Ini

13 muka baru Harimau Malaysia

Kuala Lumpur: Seperti dijangka, pengendali skuad Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee melakukan rombakan besar ke atas pasukannya dengan membawa masuk 13 muka baru daripada 24 pemain bagi persiapan menghadapi Indonesia dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Manahan, Solo, pada 6 September depan.

Hanya 11 pemain dikekalkan daripada skuad ke siri Jelajah Oceania 2016 Jun lalu iaitu penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, Fadhli Shas, Khair Jefri Jones, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Latiff Suhaimi, Brendan Gan, Amri Yahyah, Zaquan Adha Abd Radzak dan Ahmad Hazwan Bakri.

Seramai 13 pemain lain tidak tersenarai kali ini termasuk enam pemain yang mengalami kecederaan/dalam pemulihan iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Fazly Mazlan, Mahalli Jasuli, Shahrom Kalam dan Christie Jayaseelan.

Empat pemain yang digugurkan iaitu penjaga gol Farhan Abu Bakar, S Chanthuru, Amirulhisyam Awang Kechik dan S Kumaahran serta tiga pemain yang bersara dari pentas antarabangsa iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal. Safiq Rahim turut tidak disenaraikan.

Sebagai ganti, Kim Swee memanggil 13 pemain baru terdiri daripada penjaga gol Khairulazhan Khalid, S Veenod dan Adam Nor Azlin (Selangor), penjaga gol Hafizul Hakim Khairul Nizam , Nazirul Naim Che Hashim dan Shahrul Saad (Perak), Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Amer Saidin dan Irfan Fazail (JDT II), Fakrul Aiman Sidid (PDRM), Ronny Harun (Sarawak), Matthew Davies (Pahang) dan Safawi Rasid (T-Team).

Semua pemain yang disenaraikan itu perlu melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin ini kecuali tiga pemain?? Adam Nor, Davies dan Safawi yang akan menyertai kem latihan pusat diri 31 Ogos selepas mereka selesai beraksi bersama skuad B-22 negara untuk perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Bahrain B-22 di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Senarai pemain skuad Harimau Malaysia

1. Mohamad Fadhli Shas-Johor DT

2. Mohd Amri Yahyah-Johor DT

3. Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham-Johor DT

4. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid-Selangor

5. Ahmad Hazwan Bakri-Selangor

6. S Veenod-Selangor

7. Adam Nor Azlin-Selangor

8. Khairul Fahmi Che Mat-Kelantan

9. Brendan Gan-Kelantan

10. Wan Zack Haikal Wan Nor-Kelantan

11. Mohammad Amer Saidin-Johor DT II

12. Mohd Irfan Fazail-Johor DT II

13. Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak Johor-DT II

14. Shahrul Mohd Saad-Perak

15. Nazirul Naim Che Hashim-Perak

16. Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam-Perak

17. Abdul Latiff Suhaimi -PDRM

18. Muhammad Fakrul Aiman Sidid-PDRM

19. Baddrol Bakhtiar-Kedah

20. Ahmad Fakri Saarani-FELDA United

21. Ronny Harun-Sarawak

22. Khair Muhammad Jefri Jones-Melaka

23. Matthew Thomas Davies-Pahang

24. Muhammad Safawi Rasid-T-Team

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");