Perak Hari Ini

15,000 Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak

IPOH : Dianggarkan sekitar 15,000 pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 yang diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, pagi tadi.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan berangkat mencemar duli ke majlis sambutan itu.

Turut berangkat sama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Shahar Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Shah, Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

PERAK TODAY 10

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Sarifah Zulkipli serta barisan kepimpinan negeri.

Orang ramai mula memenuhi sekitar Dewan Bandaran Ipoh sejak jam 7 pagi untuk turut tidak melepaskan peluang bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan di negeri ini.

Sambutan berkenaan turut dimeriahkan dengan perarakan yang melibatkan 116 kontinjen dan membabitkan seramai 6,000 peserta yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, agensi swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

PERAK TODAY 13

Selain itu, orang ramai turut dapat menyaksikan perarakan kenderaan daripada agensi kerajaan dan NGO yang mempamerkan seperti motorsikal berkuasa tinggi.

Sultan Nazrin juga turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada wira-wira negara yang tercedera serta menyampaikan hadiah kepada pemenang perarakan.

PERAK TODAY 1

Bagi kategori pakaian terbaik, kontinjen daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diumumkan sebagai pemenang manakala bagi kategori Pancaragam Sekolah, SMJK Sam Tet, Ipoh diumumkan sebagai pemenang.

Sementara itu, Daerah Kinta Batu Gajah diumumkan sebagai pemenang Kawad Terbaik Kategori Daerah manakala bagi Kategori Jabatan Kerajaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) diumumkan sebagai pemenang.

PERAK TODAY 11

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pula diumumkan sebagai pemenang Kawad Kaki PBT, Badan Berkanun, NGO dan Swasta manakala Kawad Terbaik Kategori Institut Pendidikan Awam/Swasta dan Sekolah dimenangi oleh UiTM Cawangan Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");