Berita Hari Ini

1MDB: Tiga tokoh perlu bersih nama

KUALA LUMPUR – Wanita Umno menggesa tiga tokoh yang dinamakan oleh Sarawak Report sebagai ‘dalang’ yang mendedahkan 1MDB di luar negara supaya tampil membersihkan nama mereka.

Pengerusi Biro Media dan Penerbitan pergerakan itu, Datuk Jamelah A Bakar berkata, ketiga-tiga tokoh itu juga perlu membuat laporan polis agar siasatan selanjutnya boleh dilakukan.

“Sebagai bekas Gabenor Bank Negara, bekas Peguam Negara dan sebagai bekas tunjang utama SPRM yang jasa mereka amat besar kepada negara dan rakyat, mereka tidak harus berdiam diri dengan dakwaan Sarawak Report itu,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan dan rakyat yang menghargai jasa-jasa ketiga-tiga tokoh ini berhak mengetahui kedudukan perkara sebenarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");