Perak Hari Ini

24 Pasukan Berentap Dalam Liga Bola Keranjang Perak Amanjaya

IPOH: Sebanyak 24 pasukan daripada 24 Parlimen di negeri ini berentap dalam Liga Bola Keranjang Perak Amanjaya yang telah berlangsung bermula pada Jun lalu sehingga September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, Liga Bola Keranjang Perak Amanjaya yang pertama kali diadakan ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak dan juga Persatuan Bola Keranjang Perak.

“Liga Bola Keranjang Perak Amanjaya ini diadakan di enam lokasi berlainan yang di zonkan iaitu Ipoh, Manjung, Taiping, Teluk Intan, Kampar dan Kuala Kangsar.

“Ia terbuka kepada semua rakyat yang lahir di negeri Perak yang berusia 20 tahun ke bawah,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrul Zaman berkata, setiap pasukan perlu mendaftarkan dua orang pemain bukan berbangsa Cina.

“Seperti kita sedia maklum, sukan bola keranjang ini didominasi oleh kaum Cina. Dengan pendekatan ini, ia menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi tanpa mengira kaum,”jelasnya.

Dalam Liga Bola Keranjang Perak Amanjaya ini, setiap zon mempunyai empat pasukan dan hanya johan di setiap zon layak ke peringkat kedua.

Johan untuk peringkat zon akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500.

Bagi pusingan akhir, johan akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 beserta piala dan medal, naib johan pula akan membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala dan medal.

Manakala untuk tempat ketiga, pasukan akan membawa pulang wang tunai RM1,500 beserta piala dan medal manakala tempat keempat akan membawa pulang RM1,000 berserta piala dan medal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");