Perak Hari Ini

60 Peratus Peluang Pekerjaan Buat Graduan TVET Menjelang 2020

TANJUNG RAMBUTAN : Kerajaan mensasarkan sebanyak 60 peratus daripada 1.5 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020 melibatkan para graduan yang berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

PERAK TODAY 1
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata, dalam sistem pendidikan tinggi di negara ini, aliran TVET adalah sama penting dengan pendidikan peringkat universiti bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sepertimana yang dinyatakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, seramai 225,000 pelajar lepasan SPM disasarkan memasuki bidang TVET menjelang tahun 2020 dan jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 301,000 menjelang tahun 2025.

“Pada tahun 2020, sebanyak 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan dan 60 peratus daripadanya adalah berasaskan TVET,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Perak 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah abatan Pendidikan Kolej Komuniti, Datuk Amir Md Nor.

Pada majlis tersebut, seramai 692 graduan daripada 872 graduan telah menghadiri majlis konvokesyen yang diadakan di Kolej Sains Kesihatasan Bersekutu, Sultan Azlan Shah.

PERAK TODAY 6

Noorul Ainur turut berkata, permintaan industri terhadap graduan yang mempunyai kemahiran TVET sangat tinggi di pasaran.

“Ketika ini, agenda kerajaan ialah untuk memperbanyakkan lagi graduan kita sebab permintaan daripada industri sangat besar.

“Pada tahunlalu, sebanyak 97.4 peratus graduan yang keluar dari Kolej Komuniti mendapat pekerjaan. Ini merupakan satu motivasi kepada pelajar sekolah untuk memasuki Kolej Komuniti,”katanya.

PERAK TODAY 4

Dalam majlis konvokesyen itu, seramai 23 orang pelajar telah terpilih sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang dan 17 orang graduan tersenarai sebagai penerima Anugerah Industri.

Sementara itu, graduan Sijil Pengendalian Acara dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Muhammad Nazme Noorawee Ridzuan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ketua Pengarah.

PERAK TODAY 7

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");