Panasnya Hari Ini

70,000 Puteri UMNO Masih Belum Daftar Sebagai Pengundi -Zahida

KUALA LUMPUR:Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarikh Khan menjelaskan anggaran sekitar 70,000 anggota Puteri UMNO yang telah mencapai umur 21 tahun dikesan masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Memetik sumber laporan Bernama,berikutan maklumat itu, beliau menggesa kepimpinan Puteri UMNO di semua bahagian menjejaki semua mereka itu untuk didaftarkan sebagai pengundi sebagai usaha menambah kekuatan jentera untuk menghadapi pilihan raya umum Ke-14 (PRU14).

“Kita sudah menyerahkan senarai nama mereka ini dan mengharapkan setiap bahagian bekerja lebih keras menjejaki semua 70,000 ahli Puteri UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi ini,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Puteri UMNO Bahagian Temerloh Pahang, pada Ahad.

Katanya setiap tahun Puteri UMNO akan kehilangan antara 30,000 hingga 40,000 anggota yang melepasi peringkat umur Puteri dan secara automatik memasuki pergerakan Wanita UMNO.

“Jadi disebabkan hal ini, kita Puteri UMNO perlu sentiasa bekerja keras setiap masa bagi menambah keanggotaan baharu serta pengundi muda baharu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");