Perak Hari Ini

71 Ditahan Dalam Op Cantas Khas 2

IPOH: Seramai 71 orang termasuk 30 ahli kongsi gelap telah ditahan dalam Op Cantas Khas 2 yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bermula pada 6 hingga 19 Ogos yang lalu.

Ketua, Datuk Gan Tian Kee berkata, daripada jumlah berkenaan, tiga orang berada dalam senarai dikehendaki polis termasuk seorang dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan dua orang lagi dibawah kesalahan dadah.

Tambahnya, tangkapan dibuat oleh pasukan khas yang ditubuhkan terdiri daripada 14 pegawai dan 62 anggota yang dibahagikan kepada 10 pasukan.

“Hasil risikan yang dibuat dan melalui maklumat daripada orang awam, kita telah berjaya menahan 71 orang termasuk ahli kongsi gelap melalui Op Cantas 2 yang dilaksanakan di seluruh negeri Perak.

PERAK TODAY 2

“Kesemua yang ditangkap ini terlibat dalam banyak aktiviti perlakuan jenayah kekerasan, bunuh, merusuh, samun, memiliki senjata api, pemerasan, dadah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut dirampas daripada suspek adalah pedang, parang, kerambit, pisau dan pistol palsu yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah kekerasan yang mereka lakukan.

“Semua yang ditangkap ini kita mempunyai bukti penglibatan mereka dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah setimpal dengan perlakuan jenayah yang mereka lakukan,” ujarnya.

PERAK TODAY 1

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga kini, polis Perak telah berjaya menurunkan 4.03 peratus kadar jenayah di negeri ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Seperti yang kita tahu, 10 peratus ahli masyarakat mempunyai kecenderungan untuk melakukan jenayah yang mana dua peratus daripada jumlah tersebut adalah penjenayah tegar yang keluar masuk (penjara) tetapi masih meneruskan aktiviti jenayah. Jadi disebabkan faktor ini, jenayah masih berterusan.

“Saya bagi pihak polis kontinjen mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang memberi maklumat-maklumat yang berguna dalam membanteras jenayah.

“Meskipun tempoh pelaksanaan Op Cantas 2 telah berakhir, namun kita tidak boleh leka dan akan menjalankan risikan serta operasi yang berterusan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");