Jenayah

Abang tembak adik kerana pakai skirt

VIBO VALENTIA – ITALI . Seorang gadis ditembak di bahagian lutut kerana abangnya tidak menggemari cara dia berpakaian.

Marisa Putortì, 21 mengatakan abangnya Demetrio, 25 bagaikan dirasuk ketika mengacukan pistol ke arahnya pada hari kejadian.

Kata Marisa, dia dan abangnya tidak rapat dan Demetrio sering mengawal gerak-geri dan tingkah laku mangsa.

“Semua yang saya buat tidak kena pada matanya. Dia akan marah kalau saya memakai persolekan atau memakai skirt. Bercakap dengan lelaki juga membuatkan dia marah,” kata Marisa dipetik laporan Mirror.

Sementara itu, polis sudah menahan Demetrio selepas dia menyerah diri di balai polis berdekatan.

Polis kini menyiasat bagaimana Demetrio memperolehi senjata api yang digunakan dalam kejadian tersebut.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");