Jenayah

Ajal pusingan U

Georgetown: Lelaki maut selepas motosikal ditunggang dirempuh motosikal lain ketika mangsa cuba membuat pusingan U di Lebuh Raya Thean Teik, Air Itam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa, Yeoh Chin Chye, 64, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa dalam perjalanan dari Pusat Bandar menuju ke Paya Terubong dan membuat pusingan U ketika tiba di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, motosikal ditunggang lelaki berusia 19 tahun gagal mengelak dan merempuh mangsa hingga kedua-duanya tercampak di bahu jalan.

“Penunggang motosikal yang merempuh mangsa mengalami kecederaan di muka serta badan dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");