Membawang Hari Ini

Almy Nadia Azam Kuruskan Badan, Tidak Terkesan Hinaan Orang

PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia berazam untuk kembali mendapatkan bentuk tubuh asalnya selepas melahirkan anak keduanya pada awal Oktober depan.

Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 29, berkata, dia ingin berbuat demikian bukan kerana terkesan dengan kata-kata menghina kenaikan berat badannya yang mendadak sejak melahirkan anak pertama sebaliknya untuk kebaikan diri sendiri.

“Sudah tentu saya ingin dapatkan bentuk asal seperti sebelum ini malah berazam selepas melahirkan anak kedua nanti saya akan kuruskan badan.

“Saya buat bukan untuk puaskan hati orang lain tetapi diri sendiri kerana fokus saya tidak ke arah kecantikan sahaja tetapi demi menjaga kesihatan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Bagaimanapun kata Almy, dia berharap masyarakat tidak menjangkakan perkara itu berlaku dalam tempoh tertentu kerana fokusnya bukan sahaja untuk menguruskan badan tetapi keutamaan kepada keluarga dan anak-anak.

“Saya tidak boleh pentingkan diri dan fokus untuk kurus sahaja tanpa mempedulikan perkara lain kerana anak-anak akan menyusu badan selain keutamaan kepada keluarga dan suami.

“Jangan mengharapkan saya akan terus kurus selepas bersalin sebaliknya proses itu akan berlaku secara berperingkat dan akan memakan masa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Almy berkata, dia tidak lagi berasa emosi apabila ada pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadap berat badannya.

Jelasnya, dia tidak mempunyai masa untuk melayan cakap-cakap orang terhadapnya selain ia tidak mendatangkan faedah.

“Dulu mungkin saya mudah terasa hati atau marah bila orang mengata tetapi sekarang tidak lagi kerana saya rasa tidak ada faedahnya saya melayan.

“Tambahan pula saya kini sibuk dengan kerja dan tiada masa melayan perkara negatif,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Almy berkata, dia bersama suaminya, aktor Fizz Fairuz kini sibuk menguruskan Karnival Kesenian dan Kebudayaan Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang sedang berlangsung sehingga akhir tahun ini.

Kata Almy, walaupun sedang sarat mengandung 33 minggu namun dia seronok dapat melibatkan diri dalam acara berkenaan kerana dapat mempelajari selok-belok mengadakan karnival.

“Alhamdulillah projek pertama kami setakat ini berjalan lancar dan saya sangat seronok dapat sama-sama membantu suami menguruskan karnival ini.

“Penat memang penat tetapi ia bukan halangan kerana saya banyak timba ilmu ketika menjayakan karnival yang cukup meriah selain ia mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat negeri Pahang,” katanya.

Tambah Almy, dia dan Fizz kini sibuk dengan urusan menganjurkan karnival sama di lokasi ketiga iaitu di Dataran Kubang Gajah, Temerloh, Pahang.

Ia bakal berlangsung selama tiga hari dari 29 hingga 31 Ogos dan turut menampilkan barisan artis seperti Elly Mazlien, Azza Elite, Sweetchild dan Farhan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");