Berita Hari Ini

Amalkan dasar inklusif dalam membela rakyat

KUDAT – Umno mesti terus mengamalkan dasar inklusif sama ada sesama rakan politiknya dalam Barisan Nasional (BN) mahupun kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan dalam memastikan agenda membela rakyat dan membangunkan negara terus terlaksana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri dan presiden Umno berkata sebagai contoh, jika di Sabah terdapat lebih 60 kumpulan etnik dan sub etnik, maka kesemua kumpulan etnik berkenaan perlu menjadi sasaran tanggungjawab Umno, BN dan kerajaan untuk memberi pembelaan.

“Saya sebut Umno mesti inklusif. Umno bukan lagi eksklusif… (isu) Mahkamah Adat negeri di Sabah saya sebagai perdana menteri beri peruntukan. Masalah Tanah Adat saya beri peruntukan dan banyak lagi supaya kita dapat merasakan bahawa Malaysia ini kita punya.

“Malaysia ini milik kita, tak kira siapa diri kita tetapi kita mesti ada perasaan kekitaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Zon 1 di sini hari ini. Umno Zon 1 meliputi Bahagian Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan kesemua ketua Umno bahagian Zon 1.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");