Membawang Hari Ini

Amelina kembali solo

Kuala Lumpur: Penyanyi dangdut popular, Amelina mengesahkan dia sudah berpisah dengan suaminya.

Amelina, 42, atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin berkata, dia ada sebab untuk tidak mendedahkan status perkahwinannya kepada umum selama ini kerana mahu mengelak kontroversi.

“Saya sebenarnya segan untuk mengumumkan status sebenar, pada masa sama bimbang orang akan mengata saya seronok apabila kembali solo,” katanya.

Amelina yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata, dia akan menjelaskan perkara itu apabila tiba masa sesuai nanti.

“Memandangkan sudah ada media bertanyakan hal ini, saya akan menjelaskan semuanya nanti.

“Apa yang saya boleh jelaskan sekarang hubungan dengan bekas suami sudah selesai dan bebas daripada masalah rumah tangga,” katanya.

Terdahulu, Amelina berkongsi video di laman Instagram dengan status menjelaskan dia sudah bergelar janda.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");