Berita Hari Ini

Asah guru mahir BI

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) mensasarkan 48 peratus daripada 40,000 guru bahasa Inggeris (BI) di negara ini mencapai tahap pengguna mahir (kategori C1 dan C2) menjelang 2020.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sasaran itu bakal direalisasikan menerusi pelancaran Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Inggeris 2015-2025 semalam, bagi memperkasa guru dan pelajar untuk menguasai BI dari prasekolah, universiti dan Institut Pendidikan Guru.

Katanya, ketika ini kumpulan berkenaan (48 peratus) berada pada tahap bebas atau 1 dan B2, iaitu memahami dan mampu bertutur dalam bahasa itu serta melaksanakan pengajaran kepada pelajar.

“Sasaran paling penting melalui pelan hala tuju ini adalah mewujudkan tenaga pengajar berkualiti, selain meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru seiring dengan kemajuan dalam pengajaran bahasa, sekali gus memberi manfaat lebih besar kepada pelajar.

“Pada masa sama, kita juga mahu meningkatkan jumlah guru yang berada pada tahap C2 kepada C1 iaitu tahap penutur jati,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");