Sukan Hari Ini

Azam bawa muay thai ke peringkat lebih tinggi

SEMUANYA bermula sekadar suka-suka dan daripada tidak tahu apa-apa, kini lelaki ini muncul antara peninju digeruni dalam arena muay thai tempatan.

Asisten Superintendan Azlan Ab Wahab atau nama gelanggangnya Lan KGK, adalah pegawai kanan polis pertama terlibat secara aktif dalam seni mempertahankan diri berkenaan.

Azlan yang menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Siasatan/Pendakwaan/Teknikal Taktikal di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur turut bertarung dalam Kejohanan DBKL Kuda Merah International Muay Thai Challenge 2016 di Stadium Taman Tasik Titiwangsa yang berlangsung baru-baru ini.

Cinta padang pertama

Azlan mengakui tidak pernah terfikir untuk menceburkan diri dalam arena muay thai.

Namun semuanya berubah apabila dia ditukarkan ke Pulapol Jalan Semarak pada 2013.

“Saya memang tiada pengalaman malah tiada niat pun untuk bermuay thai. Tapi, pada satu hari (2014) saya tergerak hati untuk datang ke kelab Muay Thai Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pada mulanya saya cuma datang tengok, kemudian timbul rasa ingin mencuba. Sarjan Rosli Yaccob (ketua jurulatih tinju dan muay thai Kuda Merah PDRM) adalah individu yang beri galakan dan rangsangan untuk saya mempelajari sukan ini,” katanya.

Menurut Azlan lagi, dia menjalani latihan asas selama tiga bulan sebelum menjalani kelas advanced selama dua bulan lagi.

“Selepas mendapat sijil dan keyakinan diri semakin tinggi, barulah saya cuba masuk gelanggang dan bertarung.

“Saya akui, pertama kali berada di dalam gelanggang perasaan ketika itu bercampur baur resah, takut namun ia hilang sekelip mata apabila ramai kawan-kawan datang memberi sokongan.

“Paling manis, saya menang dalam percubaan pertama saya sebagai peninju muay thai,” ujarnya.

Angkat martabat muay thai

Azlan yang dilantik sebagai pengelola tinju dan muay thai PDRM bermula awal tahun ini memasang impian untuk membawa sukan muay thai ke peringkat lebih tinggi.

“Saya dan ketua jurulatih bercadang (atas persetujuan PDRM yang akan dibincangkan dalam Majlis Sukan PDRM) untuk cuba menghidupkan sukan muay thai di peringkat Pulapol seluruh Malaysia.

“Kami mahu setiap Pulapol mesti memiliki pusat latihan tinju dan pasukan masing-masing. Dari situ kita boleh adakan pertandingan untuk cungkil bakat baharu.

“Dan apabila peringkat pertama ini berjaya, kita cuba wujudkan pula di peringkat kontinjen. Maknanya setiap kontinjen bahagian latihan mesti ada pasukan tinju dan muay thai.

“Untuk menjayakan rancangan ini, kita akan adakan kursus pengadil dan kejurulatihan. Saya fikir ia tidak menjadi masalah kerana kita ada kepakaran dalam menjayakan kursus itu nanti,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");