Sukan Hari Ini

Badminton: Fleet taja PjBA

PERSATUAN Badminton Putrajaya (PjBA) menerima tajaan RM120,000 daripada Syarikat Fleet International Holdings Sdn Bhd selama 3 tahun bermula 1 September 2016.

Tajaan berupa barangan sukan Fleet itu akan digunakan PjBA bagi menyertai tujuh kejohanan kebangsaan dianjurkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan juga kejohanan komuniti Putrajaya yang dianjurkan setiap tahun.

Presiden Persatuan Badminton Putrajaya, Datuk Seri Khairudin Samad berkata, pihaknya gembira kerana pasukannya mendapat tajaan Fleet International Holdings Sdn Bhd.

“Tajaan selama tiga tahun, iaitu RM40,000 setiap tahun ini amat besar bagi Persatuan Badminton Putrajaya.

“Selain daripada untuk menyertai kejohanan badminton di negara ini, kami juga akan gunakannya untuk memajukan sukan badminton di Putrajaya.

“Besar harapan saya tajaan ini dapat menaikkan lagi nama persatuan dan juga diharapkan pemain dapat berusaha lebih gigih untuk mencipta lebih banyak kejuaraan pada masa depan,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian tajaan itu.

Hadir sama pada majlis menandatangani perjanjian tajaan itu Pengurus Besar Fleet International Holdings Sdn Bhd, Lim Hui Hui dan Setiausaha Kehormat PjBA, Sting George.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");