Jenayah

Banduan larikan diri direman 4 hari

Kota Bharu: Seorang banduan yang ditahan selepas setengah jam melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, kelmarin direman empat hari bagi membantu siasatan di Mahkamah Majistret, semalam.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Ahmad Adha Amir Yaseer Amri.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, suspek berusia 24 tahun direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek berhubung kejadian melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, jam 12.30 tengah hari.

“Kami menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu, selain mengesan seorang lagi banduan iaitu Ab Mutalib Zahari, 27, berasal dari Kampung Padang Lembik, Ketereh, dekat sini.

“Orang ramai yang melihat banduan itu supaya melaporkannya di balai polis berhampiran,” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, dua banduan meloloskan diri dari Penjara Pengkalan Chepa sebelum menceroboh Kompleks Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");