Panasnya Hari Ini

‘Banyak sangatkah hartanya sehingga takut untuk isytihar?’ – Anina

KUALA LUMPUR : Ahli Jawatankuasa Penaja BERSATU, Anina Saadudin mempersoalkan jumlah harta yang dimiliki oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilihat seakan takut untuk mendedahkan hartanya.

Menerusi satu kenyataan, Anina berkata, sekiranya Tengku Adnan takut untuk mengisytiharkan harta, lebih baik Menteri Wilayah Persekutuan itu berhenti menjadi menteri.

“Buat dulu apa yang perlu dia buat. Banyak sangatkah hartanya sehingga takut nak diisytihar? Kalau takut, jangan jadi menteri lah.

“Baik jadi tukang sapu sampah DBKL sahaja kerana pekerjaan itu lebih mulia di sisi Allah dari menjadi Menteri yang bersekongkol dengan perompak,”katanya.

Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan mengisytiharkan hartanya kerana bimbang akan keselamatan diri serta keluarganya.

Terdahulu, pada Rabu Anina mengumumkan untuk menarik balik tiga kes mahkamah yang melibatkan perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tengku Adnan yang dibuat dahulu atas kapasiti sebagai ahli UMNO.

Susulan tindakan Anina itu, Tengku Adnan dilaporkan berkata bahawa tindakan Anina tersebut adalah kerana sedar pihaknya akan kalah.

Anina berkata, tindakan saman beliau ke atas Najib adalah kerana beliau masih ahli UMNO manakala saman kepada Tengku Adnan pula adalah bagi mendapatkan semula keahlian UMNO setelah beliau dipecat.

“Kini saya telah menjadi ahli jawatankuasa penaja BERSATU. Kes saman saya yang terdahulu ketika bermula sebagai ahli UMNO sudah tidak relevan lagi.

“Kenapa saya mahu Najib pulangkan baki RM2.6 bilion kepada UMNO sedangkan saya kini bersama landasan BERSATU.

“Biar ahli UMNO lah yang perjuangkan hak wang parti mereka yang dicuri oleh Presiden mereka,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");