Perak Hari Ini

Beberapa Jalan Utama Ditutup, Lencongan Sempena Hari Kemerdekaan Di Ipoh

IPOH : Beberapa jalan di bandaraya ini akan ditutup secara berperingkat bersempena dengan raptai Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 di sini.

Penguatkuasa Trafik Ipoh menerusi satu kenyataan hari ini berkata, lencongan atau penutupan akan dibuat secara berperingkat bermula dari jam 6 pagi dan laluan juga akan dibuka secara berperingkat dan dijangka dibuka sepenuhnya pada jam 12 tengah hari bermula pada 26, 27 dan 29 Ogos.

Antara jalan yang terlibat ialan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan Sultan Yusof, Jalan Sultan Iskandar, lampu isyarat Lahat (Little India), Bulatan Bahagia (Medan Kidd) dan Jalan Laxmana – Sultan Idris.

Sementara itu, jalan lencongan ialah Jalan Panglima Bukit Gantang dilencongkan masuk ke Jalan Komplek Islam – Jalan Lim Bo Seng, Jalan Lim Bo Seng dilencongkan masuk jalan hadapan Hotel River Front ke Medan Istana.

Sementara itu, Jalan St John dilencongkan masuk ke Jalan Panglima Bukit Gantang menghala ke Jalan Kuala Kangsar, Jalan Sultan Iskandar dilencongkan ke Jalan Bandar Bijik Timah – lampu isyarat Medan Mara dan lampu isyarat dilencongkan ke Jalan Lim Boon Swee / Bulatan Kidd.

Bagi pengguna yang ingin ke Stesen Keretapi Ipoh, orang ramai boleh menggunakan jalan alternative iaitu dari Jalan Kuala Kangsar – Jalan Raja Muda Aziz – Jalan Tun Razak – lampu isyarat Jalan Tun Razak / Jalan St John – Jalan Regat Tun Perak.

Selain itu, turut terlibat Jalan Lahat – Bulatan Kidd – Jalan Tun Razak – lampu isyarat Tun Jalan Tun Razak / Jalan St John – Jalan Regat Tun Perak.

Bagi pengguna dari Jalan Silibin – Jalan Tun Perak – lampu isyarat Jalan Tun Razak / Jalan St John – Jalan Regat Tun Perak.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan orang ramai berada dalam kesesakan, pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");