Sukan Hari Ini

‘Belum selamat’

Kota Bharu: Pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mohd Fauzi Pilus belum dapat memberi jaminan pasukannya sudah melangkah ke separuh akhir, berikutan bakal berdepan tugas getir aksi suku akhir kedua Piala Malaysia pada 17 September depan.

Enggan mendabik dada sekalipun memperoleh dua gol di tempat lawan, Fauzi beranggapan peluang masih terbuka buat kedua-dua pasukan untuk merebut slot ke separuh akhir.

Kehilangan dua pemain berbisa, K Reuben dan Guilherme De Paula yang tidak boleh beraksi akibat kad merah pasti memeningkan kepala Fauzi.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana bukan saja misi PDRM untuk memburu sekurang-kurangnya satu gol di gelanggang lawan tercapai, malah, mereka turut mencipta kejutan menewaskan Kelantan.

Menurutnya, pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana mempamerkan tahap disiplin cukup tinggi sekalipun kehilangan Reuben dan Guilherme.

Katanya, diakui, bertemu Kelantan bukan tugas cukup mudah kerana pasukan itu memiliki pemain yang mampu melakukan serangan dari setiap sudut.

“Senario itu membuatkan beberapa pemain muda agak gugup pada awal permainan sehingga menyebabkan mereka hilang fokus.

“Namun, barisan pertahanan diketuai Konate Souleymane berjaya mengekang beberapa asakan lawan terutama babak separuh masa kedua selepas kami kehilangan dua pemain itu,” katanya.

PDRM melakar kejayaan di luar dugaan apabila menewaskan Kelantan 2-1, di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.

Sementara itu, Pemain Terbaik TM Piala Malaysia, Indra Putra Mahayuddin pula berkata, mereka agak kecewa selepas gagal memburu gol penyamaan sekalipun berdepan PDRM terpaksa beraksi dengan sembilan pemain.

“Atas kertas, tugas sukar menanti kami di Melaka, namun, apa saja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit,”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");