Isu Panas

Beri penerangan berhubung RUU

KUALA TERENGGANU – Pemuda Pas Terengganu akan meneruskan inisiatif berjumpa dengan mana-mana pihak bagi mendapat maklum balas serta memberi penjelasan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

Ketuanya, Kamaruzaman Abdullah berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan muhibah dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw baru-baru ini untuk mengetahui penjelasan di pihak pemimpin parti komponen BN berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, ia adalah salah satu usaha ke arah membudayakan politik matang dan sejahtera supaya semua pihak dari pelbagai perbezaan ideologi parti boleh berdiskusi secara terbuka antara satu sama lain.

“Pendekatan ini bukan mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah tetapi suatu pembentukan budaya bahawa Islam bukan agama yang menghukum tetapi agama yang membawa mesej keharmonian untuk semua pihak,” katanya, di sini.

Usaha itu dilihat selari dengan kenyataan terbaharu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan kepada pihak yang masih kurang faham berhubung RUU yang dibentangkan beliau di Parlimen, Mei lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Hishammuddin Abd Karim pula memberitahu, pihaknya tidak boleh memaksa mana-mana pihak menerima pandangan selari dengan Pas dengan pihak yang berbeza pandangan berhubung RUU.

Beliau yang merupakan Adun Tepoh berkata, pihaknya akan meneruskan inisiatif seumpama itu dengan mana-mana pihak bagi membuktikan keikhlasan Pas meneruskan dasar perjuangan parti.

“Ini tanggungjawab pemuda untuk membuktikan Pas adalah satu parti yang ikhlas untuk melihat kesejahteraan rakyat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");