Membawang Hari Ini

Bob Ringgo Terima Gangguan Pelik Kendalikan Segmen Seram

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Bob Ringgo beberapa kali menerima gangguan misteri ketika mengendalikan segmen seram ‘Jangan Tutup Lampu’ di studio radio berkenaan.

Bob Ringgo, 40, berkata, sejak mengelola segmen tersebut dari 2005, ada beberapa pengalaman pelik terpaksa dilaluinya sama ada ketika bersiaran mahu pun selepas bersiaran.

“Jangan Tutup Lampu turut memberi kesan tersendiri kepada saya dimana selama mengelola slot ini, saya beberapa kali diganggu dengan beberapa kejadian pelik di konti antaranya terasa seperti ada hembusan angin panas setiap kali saya melayan panggialan pendengar,” katanya kepada mStar Online.

Jangan Tutup Lampu disiarkan selama satu jam pada setiap Jumaat pukul 1 pagi.

Tidak terhenti di situ, kata Bob pernah terjadi sewaktu dia selesai urusan rakaman untuk segmen tersebut, penyampai Halim Othman yang kebetulan berada di pejabat melihat seperti kelibatnya di dalam studio namun dia tergamam apabila dimaklumkan yang Bob sebenarnya sudah berada di rumah ketika itu.

“Susah untuk saya katakan adakah ini satu badi kerana di awal segmen ini, ada satu kisah seorang pemanggil kemalangan selepas membuat panggilan untuk berkongsi kisah seramnya sehingga saya turut dipanggil pihak polis membantu siasatan,” katanya.

Apa-apa pun kata Bob, dia melihat gangguan tersebut tidak lebih sekadar satu ujian selain mengingatkan dirinya bahawa selain manusia, turut berkongsi alam ini ialah golongan jin seperti yang dicatatkan di dalam kitab suci Al-Quran.

“Banyak lagi sebenarnya kejadian-kejadian pelik yang saya terima ketika mengendalikan slot ini namun biarlah saya simpan sebagai satu kenangan,” katanya.

Jangan Tutup Lampu kini sudah memasuki tahun ke16 penyiaran dan kata penerbitnya, Anna Najla yang juga pemenang Bicarawa Seri Angkasa 2015, segmen ini telah berjaya membentuk komuniti pendengarnya sendiri dan masih diikuti ramai.

Bercerita lanjut tentang perkembangan kerjayanya, Bob kini dalam rangka siri jelajah ‘Tour Suria FM bersama penyampai dan selebriti popular ke beberapa buah lokasi di seluruh negara.

Antara negeri terlibat ialah Kota Bharu, Kelantan dan Kluang, Johor pada 27 Ogos dan 3 September depan.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");