Sukan Hari Ini

Buatlah apa saja Bolt

Rio de Janeiro: Seorang pelajar Rio berusia 20 tahun berkongsi foto mesranya berada di atas katil bersama Usain Bolt menerusi Whatsapp selepas jaguh pecut itu meraikan hari jadinya ke-30 dan penampilan terakhirnya pada Sukan Olimpik.

Pelajar terbabit Jady Duarte, 20, yang dipeluk oleh Bolt kini tersebar dalam talian di beberapa tempat. Pelajar terbabit mengatakan caranya bersama Bolt sebagai perkara ‘biasa’.

Pelari pecut Jamaica itu turut dirakam sedang seronok berparti di sebuah kelab malam Rio sehingga awal pagi Ahad lalu.

Adiknya mendedahkan teman wanita Bolt selama dua tahun Kasi Bennett, 26 ada menulis dalam twitter dan dia berharap dia tidak menemui apa-apa berhubung gambar yang tersebar itu.

Ejen Bolt yang cuba dihubungi sebuah tabloid United Kingdom untuk penjelasan mengenai gambar tersebar itu tidak berjaya mendapatkannya.

Viral itu dilihat sebagai penamat buat pelari terbabit itu pada penampilan kali ketiga pada Sukan Olimpik – menyaksikannya meraih tiga pingat emas di Rio dan meletakkannya antara pelari pecut terhebat dalam sejarah Olimpik.

Antara gambar lain adalah gambar Jady bersama duit nota 100 Euro tetapi wanita itu berkata: ‘Tidak sama sekali, dia tidak membayar saya apa apa. Saya tidak menerima wang.’

Jady turut menyatakan dia terkejut dengan publisiti diterima selepas gambar tersebar: ‘Ia sangat negatif. Saya tidak mahu menjadi masyhur, saya menanggung malu.’-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");