Membawang Hari Ini

Buble lelaki romantis

Selepas berehat seketika daripada persembahan pentas besar, penyanyi Michael Buble kembali menemui peminatnya dalam persembahan konsert di New York, Amerika Syarikat.

Persembahan kali ini berbeza kerana penyanyi kelahiran Kanada itu turut melancarkan produk haruman jenama sendiri.

Buble, 40, menerusi video yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook, Isnin lalu mendedahkan acara itu disiarkan secara langsung, petang kelmarin di Facebook Live.

Bercakap mengenai produk wangiannya, penyanyi Home itu berkata, wangian berkenaan mempunyai haruman baru vanila, ambar putih dan nilam.

“Ia menandakan saya lelaki romantis dan sifat ini turut diluahkan dalam lagu, muzik serta persembahan saya.

“Oleh itu, saya mahu menghasilkan haruman yang boleh mencerminkan minat dengan muzik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Buble bakal mengeluarkan album baru Nobody But Me pada 21 Oktober ini.

Album itu adalah album kesembilan buat pemenang pelbagai anugerah berprestij berkenaan selepas tiga tahun tidak muncul dengan produk baru.

Album Nobody But Me yang dirakamkan di Los Angeles dan Vancouver, Amerika Syarikat turut memuatkan tiga lagu baru Buble.

Selain itu, album berkenaan menampilkan beberapa lagu kerjasama dengan Mehgan Trainor dan Black Thought (of The Roots).

Antara lagu klasik yang diberi nafas baru ialah My Baby Just Cares For Me, The Very Thought of You, God Only Knows dan I Wanna Be Around.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");