Panasnya Hari Ini

Bumiputera Harus Terus Kekal di Pulau Pinang – Shahrizat

KUALA LUMPUR:Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menasihati golongan Bumiputera di Pulau Pinang supaya terus kekal di negeri itu walaupun mendapat tekanan hebat daripada kerajaan negeri pimpinan DAP.

Memetik sumber Berita harian, ujarnya golongan itu tidak perlu takut atau gentar dengan agenda pakatan pembangkang yang cuba mengusir anak jati Pulau Pinang dari kawasan bandar.

Katanya, kerajaan Pusat juga maklum mengenai dasar pilih kasih dan penindasan diketengahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap rakyat di negeri itu.

Malah ujarnya Kerajan Pusat sentiasa berusaha menyelesaikan masalah berkenaan.

“Kita harap Bumiputera Pulau Pinang tak lari dari kampung halaman mereka walaupun kita tahu kerajaan negeri sekarang membawa masuk orang luar untuk beli dan mendiami kebanyakan kawasan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong di Pulau Pinang hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");