Sukan Hari Ini

Cenderung 21 mata

TIMBALAN Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mahu sistem kiraan 21 mata dalam sukan itu dikekalkan.

Beliau berpendapat sistem sekarang lebih seimbang berbanding sistem kiraan 11 mata yang bakal diperkenalkan Persekutuan Badminton Sedunia (BWF).

“Bagi saya sistem kiraan mata sekarang harus dikekalkan kerana ia merangkumi kekuatan fizikal, mental selain memerlukan tahap kecergasan pemain semaksima mungkin yang sinonim dengan sukan ini,” katanya semalam.

Menurut Mohamad Norza, sekiranya BWF inginkan keputusan Malaysia, beliau bersedia membawa perkara itu dalam mesyuarat Jawatankuasa BAM.

Kejohanan Badminton Antarabangsa Malaysia Celcom Axiata Bawah 19 Tahun pada 6 hingga 9 September depan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu bakal menjadi medan uji kaji sistem kiraan 11 mata itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Konfederasi Badminton Asia (BAC), Kenny Goh mengesahkan bahawa BWF meminta semua ahli gabungannya melaksanakan uji kaji itu sekiranya berminat.

“Selepas itu BAC meneliti laporan dan maklum balas. Yang paling penting, uji kaji ini perlu dilaksanakan dahulu, selepas itu baru kita boleh menilai mengekalkan sistem yang sedia ada ataupun memperkenalkan sistem 11 mata ini,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");